rnPertolongan Cemas dan Resusitasi
Pengenalan
Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.
Apakah yang perlu dilakukan?
• Jangan panik. Anda perlu bertenang
• Fikir. Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang logik. Apabila memberikan pertolongan cemas, laksanakannya mengikut kemampuan anda.
• Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin.
Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adalah perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota badan. Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas dengan baik, atau mengalami pendarahan berlebihan, perlukan bantuan segera. Jika pertolongan cemas itu pantas dan berkesan, mangsa tersebut akan memiliki peluang yang lebih cerah untuk pulih. Cuba bertenang dan fikirkan semua tindakan anda. Pengamal pertolongan cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti dapat mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan. Bagaimana mendapatkan bantuan?
Untuk mendapatkan bantuan perubatan, hubungi ambulans segera dengan mendail 999. Jika anda berada di samping mangsa, dapatkan orang lain untuk menelefon bantuan. Jika anda bersendirian, anda perlu tinggalkan mangsa buat seketika untuk membuat panggilan telefon.
1
Saturday, November 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment